Thursday, December 30, 2010

11 Tanda-tanda Kesengsaraan

1.Tamak terhadap harta benda dunia.


2.Keinginan kuat kepada nafsu syahwat dan kenikmatan dunia.

3.Gemar bercakap perkara yang tidak memberi faedah dan suka membuat fitnah.

4.Mengambil mudah solat lima waktu.


5.Bersubahat dengan orang-orang jahat.


6.Berperangai buruk.

7.Sombong dan suka membangga diri.

8.Tidak suka menolong orang lain.

9.Sedikit rasa kasih sayang terhadap orang-orang beriman.

10.Bakhil dan kedekut.

11.Lupa kepada mati.


*1001 Feqh Nasihah, m/s : 15.

Awan berada di kaki & kepalaku..!!



Perjalanan ini...
Tanggal 24 Dis 2010, kakiku kini hampir menjejak awan di langit nan biru. Kawanan awan bagai melambai-lambai menyambutku tika berada 34,000 kaki dari paras laut dengan kelajuan 800 km/jam. Subhanallah!!! Sesungguhnya permandangan & pengalaman ini amat bermakna bagiku. Aku memanjatkan syukurku pada-Nya. Takbir membasahi bibirku...Syukran ya Allah! Sesungguhnya sesudah segala kesulitan dan dugaan yang ku hadapi sepanjang 2010 ini, kini kesenangan & kegembiraan pinjaman-Mu ini ku rasai. Semoga ia bisa menjadikanku hamba yang sering mengingati kekuasaan & kebesaran-Mu ya Allah.
Sedang diri asyik menikmati permandangan di langit nan biru, suara emak kedengaran di sebalik deruan enjin kapal terbang yang sedang membelah kepulan awan. "Maha suci Allah..cuba lihat kepulan-kepulan awan tue. Sebahagiannya tunduk & sujud tidak bergerak, sebahagian lain pula bergerak mengikut angin atas kekuasaan Allah," bisik emak.

Sesungguhnya kepulan awan yang sedang bergerak itu kelihatan seperti sekumpulan manusia yang sedang tawaf di keliling Ka'abah manakala yang tidak bergerak seakan bagai jemaah manusia yang sedang solat berjemaah. Masya Allah!


Sebagai hamba-Nya yang kerdil lagi hina, aku amat bersyukur dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Nya. Sungguh tidak terucap dengan kata-kata betapa Maha berkuasa & pengasihnya Allah yang Esa. Betapa aku merindui-Mu...


 sekitar permandangan Bandaraya Miri dari atas bukit

Masjid Hassanal Bolkiyah di Brunei Darussalam

 sekitar Bandaraya Sri Begawan

 Bangunan di sekitar bandar Brunei 

 kompleks beli-belah Brunei

Masih terngiang-ngiang di gegendang telingaku pesanan emak tercinta, "Sebagai muslim, kita perlu kaitkan setiap inci hidup ini dengan Penciptanya yang abadi. Jangan terlalu takjub dengan dunia yang begitu hebat pada pandangan mata manusia sahaja sehingga kita TERlalai dengan urusan dunia nie,".

~Semoga kita sentiasa di bawah lindungan, rahmat & kasih-Nya, amin.

Tuesday, December 28, 2010

“Santa Claus” Demo Menentang Tembok Pemisah Israel

Posted on Abu Ridhwan on December 26, 2010 // Comments Off


RAMALLAH, 26 Disember – Aktivis Palestin dan Israel telah berpakaian seperti Santa Claus dalam usaha ‘memprotes kewujudan tembok pemisah Israel di Tebing Barat. Walaubagaimanapun mereka telah bertembung dengan pasukan Israel pada hari Natal di desa Bil’in, Tebing Barat, sebelah barat Ramallah dan ditembak dengan gas pemedih mata.
Menurut laporan dari laman berita Ma’an, para peserta demostrasi telah membawa pokok Krismas yang dihiasi dengan tabung gas terpakai dan bom tangan setrum terpakai yang telah digunakan oleh tentera Israel terhadap para  demonstrasi sebelumnya sejak lima tahun terakhir.



Pohon senjata yang dihasi itu adalah merupakan simbolik sokongan para aktivis terhadap Abdullah Abu Rahme penyelaras Jawatankuasa Bil’in Melawan Tembok dan Permukiman haram Israel.
Rahme saat ini di tahan di penjara tentera Israel dan akan dibicarakan atas tuduhan “memiliki senjata yang boleh menyebabkan kematian dan berbahaya ketika mengadakan demostrasi terhadap Israel” sedangkan beliau sebenarnya memegang tabung gas mata terpakai dan bom tangan terpakai yang telah dilgunakan oleh tentera Israel untuk menyuraikan demo-demo yang telah diadakan di Bil’in. (wbn)

Sunday, December 19, 2010

4 CIRI MEREKA YG BERPANDANGAN JAUH DALAM AL-QURAN


1) Dapat melihat adanya bantuan Allah S.W.T. (Ali Imran : 13) 

Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan agama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya). 


2) Dapat mengambil pengajaran daripada perubahan siang & malam yg Allah S.W.T ciptakan. (An Nur 44)

Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir.


3) Sentiasa berzikir & ingat pada kematian serta hari kiamat. (As Sadh 45 - 46)

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba-hamba Kami: Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak serta Nabi Yaakub, yang mempunyai kekuatan (melaksanakan taat setianya) dan pandangan yang mendalam (memahami agamanya).

Sesungguhnya Kami telah jadikan mereka suci bersih dengan sebab satu sifat mereka yang murni, iaitu sifat sentiasa memperingati negeri akhirat.



4) Memperolehi pelajaran daripada bukti-bukti kebesaran Allah S.W.T. (Al Hasyr 2) 

 Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab - dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah S.A.W. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.


Benarlah kata-kata Allah S.W.T di dalam kitabnya yg agung.

~Al-Quran, pedoman buat semua umat sejagat ;-)

Tuesday, December 07, 2010

Andai ku tahu..AJALku..

Janji-Nya, Suatu Kepastian...

      Awal muharam ini ku tempuhi dengan kegembiraan dan kesyukuran yang ku panjatkan pada Ilahi di atas segala nikmat yang telah diberikan selama ini. Tetapi, satu berita kematian amat menggamit rasa. Saudara seislam yang disayangi telah pergi selamanya. Perginya yang tak akan kembali lagi. Perginya menyahut panggilan Ilahi. 

      Esak tangis yang kedengaran, ratapan si kecil dan seisi rumah penuh kesyahduan. Tatkala tersedar, bacaan Yaasin gemersik menggamit rindu serta 30 juz Al-Quran disedekahkan kepada arwah tercinta. Ya Allah, sungguh ini adalah ujian yang pasti semua insan merasainya tatkala tiba masanya. Sesungguhnya wahai insan, Janji-Nya adalah suatu kepastian..itulah KEMATIAN!

~ Semoga Rohnya dicucuri Rahmat Allah, amin.




   

binnabil huda UNIQUE.wmv

salam ma'al hijrah..perjuanganmu ku hayati, segala tingkahmu ku contohi, kasihmu tiada terperi, kekuatanmu ku sanjungi..Rasulullah yang amat ku rindui..

Soutus Sofwa - Maal Hijrah

Santapan Rohani