Friday, July 16, 2010

Urwatul Wuthqa


Allah berfirman di dalam surah Luqman, ayat 22,
mafhumnya: 'Barang siapa yang menyerahkan
wajahnya (menjadi Islam) kepada Allah
maka dia adalah orang yang berbuat baik,
maka dia telah berpegang teguh dengan
Urwatul Wuthqa.
Dan pada Allah segala urusan dikembalikan'.

Di dalam tafsir Ibnu Kathir menyebut,
bahawa pengertian Urwatul Wuthqa itu
ada beberapa pengertian & salah
satunya adalah 'mencintai kerana
Allah & membenci kerana-Nya.

Justeru, kasih & sayanglah sesama
manusia hanya kerana Allah :)

~i love ALLAH~

Saturday, July 10, 2010



SaLam PaLestin


Alhamdulillah, semangat jihad terus membara
biar pun kini media2 massa & elektronik sibuk menyiarkan
bola sepak piala dunia
dan tidak begitu
cakna tentang bumi mulia yang terdapatnya Masjid
Al-Aqsa yang menjadi Qiblat pertama umat Islam
&
tempat berlakunya Mi'raj Nabi Muhammad S.A.W.
Hari ini, 10 Julai 2010, bersyukurku pada Ilahi kerana
telah mengizinkanku bertemu dengan salah seorang
sukarelawan terpilih & telah dipilih oleh IHH
untuk misi kemanusiaan ke Gaza.

Dr. Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad
merupakan seorang doktor yang juga
menjadi Biro HALUAN Palestin.
Tatkala kedengaran tutur mujahid ini,
bahang di hati mulai terasa membuak-buak,
bagai larva gunung berapi
yang menanti masa untuk meletus,
bukan kepanasan api yang di rasai,
tetapi..
bahang kebencian & kemarahan terhadap
Israel Laknatullah.
Pergolakan, keganasan & penindasan yang
berlaku di bumi kelahiran para nabi & rasul
itu merupakan satu jenayah yang sangat dahsyat
dalam sejarah peradaban manusia moden,
malah penyembelihan & pembunuhan yang dilakukan
dengan penuh kekejaman terus menjadi-jadi,
seolah-olah dunia telah merestui
peristiwa ini berlaku di bumi
Palestin.

Dr Syed menceritakan pengalaman sebelum
perjalanan, di atas kapal, perpaduan antara
mujahid & mujahidah, rakan media
daripada 50 buah negara, ketika berada
di penjara, di soal siasat dan pembebasan
serta kepulangan ke tanah air.
Antara pengalaman yang tidak dapat
dilupakan adalah ketika mana
Peserta Konvoi Kemanusiaan ke Gaza
yang berasal dari Isle of Wights di Selatan
England mengucap kalimah suci syahadah
di hadapan pejabat IHH Insani Yardim Vakfi di Fateh.
Beliau juga telah menukar nama Peter Veana kepada
Muhammad Fatih, Alhamdulillah.

Tentera Israel memang sebenar-benar
pengecut, penakut, penjahat yang
tidak asing lagi di bumi Palestin malah memang
telah disebut di dalam Al-Quran
betapa mereka memang tidak akan
reda dengan umat Islam.
Buktinya, saat Dr Syed merawat
luka tentera Israel Laknatullah
akibat terkena peluru sesat,
tentera Israel langsung tidak berani
melihat luka mereka sendiri
malah mengeluh kesakitan.
Padahal kesakitan wajah-wajah Palestin
yang mereka berbuat seperti binatang
itu tidak pernah difikirkan.
Peluru getah hanyalah tipu daya
awalan mereka kerana selepas
itu peluru nyata yang digunakan.
Memang IBLIS!!!
Tidak terfikirkah mereka?
Tidak adakah secebis kasih kemanusiaan?

Ketenangan jelas terpancar
di wajah mujahid & mujahidah walaupun
Mavi Marmara diserang.
Tiada jeritan kesakitan & keluhan
saat diri ditembak, dilukai, disakiti & dikasari
oleh tentera Laknatullah itu.
Mereka tenang kerana
yakin dengan janji-janji Allah
yang tidak pernah mengecewakan.

Sesungguhnya pemilihan untuk perjuangan
ini bukan suatu gurauan.
Al-Hafiz @ Al-Hafizah menjadi naungan
utama pemilihan mujahid & mujahidah
ke Gaza.
Dalam perjalanan, apakah anda fikir
mereka berbuat apa?
ada yang mengatakan mereka
merancang strategi peperangan.
Peperangan???
Tidak sama sekali.
Mujahid & mujahidah ini sentiasa
mengalunkan ayat-ayat suci kalamullah.
Agar syahid mereka InsyaAllah
dalam keredaan-Nya bukan kerana
populariti dunia.
Untuk menganggap diri sebagai wira
dunia, ah! tidak sama sekali.
Jauh dari akal.
Kerana dunia ini nyata sekali
hanyalah sementara.
Bahkan mereka sanggup meninggalkan
ibu bapa, isteri, anak-anak & tanah air tercinta.
Demi sahutan agama.
Mereka telah menyerahkan
diri hanya pada Pencipta alam semesta.

Masih terngiang di benakku,
saat anak kecil mujahid ini
menangis kepinginkan coklat NESTLE.
Tergaru-garu si ayah akan kepalanya
yang tidak gatal bagi memikirkan
ayat yang terbaik untuk memberitahu anaknya
bahawa NESTLE adalah produk yang sepatutnya
di BOIKOT oleh seluruh umat Islam.
"Adik,coklat nestle nie buatan Israel.
Kalau adik beli, maksudnya adik
telah membantu ekonomi Israel membangun.
Israel gunakan ekonomi mereka untuk
membunuh umat Islam di Palestin, Iraq & lain2,"
si ayah cuba memberitahu kebenaran
dengan sekali lafaz pada si kecil yang
kelihatan ingin menangis itu.
Si anak hanya memerhati butir-butir
yang meluncur perlahan daripada
mulut si ayah.
Ketika di pasaraya,
terdapat pasangan (ibu & anak) yang ingin
membeli coklat buatan ISRAEL itu.
Dengan tiba-tiba si anak mujahid tadi
bersuara lantang lagi keras, "Jangan
beli coklat nie, Israel yang buat nih.
Duit yang dorang dapat nanti
dorang buat peluru untuk
bunuh orang Islam kat Palestin tu,".
Terkejut si anak & ibu tersebut
& orang yang di sekeliling mereka
dengan kata-kata kanak-kanak kecil tersebut.
Timbul kesedaran yang maha hebat
pada diri yang mendengarnya.
Alhamdulillah...tasbih si ayah (mujahid)
dalam hati. Tidak menyangka bahawa
kata-katanya telah meresap
jauh di lubuk hati anaknya
yang belum mumayyiz
itu.

Jihad ini perlu diteruskan demi
Islam tercinta.
Tidak wajar sama sekali & nyata butalah
mereka yang mengatakan
"negara kita aman damai,
tidak perlulah sibukkan diri dengan masalah negara
lain yang menyusahkan"

...........



SEJARAH PALESTIN TERCINTA

Pelestin merupakan suatu nama yang
digunakan untuk wilayah barat daya
negara Syam. Ia bersempadan dengan
Laut Mediterranean & terletak di benua Asia.
Pelstin dianggap titik pertemuan
di antara Asia & Afrika.
Bahagian utara Palestin bersempadan
dengan Lubnan, manakala
Syria di timur laut, Jordan di timur
dan Mesir di selatan.
Bumi Palestin juga dianggap sebagai penempatan
tertua di dunia. Bandar tertua di dunia adalah
Jericho, yang dikatakan terbina sejak
8000SM.
Dalam rentetan sejarah yang panjang,
bumi berdarah Palestin ini menjadi
pusat agama & peradaban terbesar dunia
iaitu Islam, Kristian & Yahudi.
.......
~Mujahidah Islam~

Friday, July 09, 2010

Berilmu Tetapi Tidak Berakhlaq
Ada seorang pelajar baru memasuki kuliah ilmu,
lalu belajarlah ia dua, tiga hadith dari gurunya.
Kemudian dia sudah menghafaz sedikit sebanyak ayat al Quran.
Gurunya itulah satu-satunya yang dijadikan sumber rujukan.
Segala-galanya yang betul datang dari gurunya. Pasti tiada salah.
Lalu ia mula bermain dengan persoalan hukum. Sebab dirasanya
diri sudah cukup ilmu untuk berfatwa. Mana-mana yang tidak berkenan
atau bercanggah dengan pendapatnya dia mengatakan itu adalah sesat barat.
Sehinggakan habis dihukum ulama yang muktabar, mujtahid adalah tersilap
pandangan mereka. Dengan memberi alasan yang dirasanya paling kukuh -
ulama tidak maksum, berhujjah mestilah mengikut dalil yang paling
sahih dan terkuat. Malangnya, yang betul baginya adalah ulama yang ia ikut,
tetapi ulama yang lain pasti salah. Pasti salah hadithnya, dan
berkemungkinan aqidah ulama itu terkeluar dari ahlu sunnah wal jama'ah.
Manakala dalil yang terkuat baginya sebenar adalah
dari apa yang ia dapat sendiri dari kitab yang ia baca. Tentunya dalil itu juga
dari ulama yang ia taksubkan.

Bermulalah era baru yang dizikirkan di bibirnya adalah - itu haram,
ini bid'ah, engkau sesat!

Ada di antara mereka yang sudah diajar akhlaq oleh gurunya.
Tentang adab percakapan, adab menuntut ilmu. Adab berhadapan
dengan guru. Entah di mana silapnya, tetap sahaja murid itu
lancang mulutnya bila berbual dengan gurunya.
Tidak ada perasaan hormat. Bangkang, bidas, dan sebagainya
untuk menunjukkan dirinya yang jahil itu adalah benar.

Zaman ini ada golongan pelajar yang bersemangat belajar ilmu
hanya untuk tahu. Tetapi ia lupa - pengetahuan yang dia ada
hanya sedikit. Akhirnya apa yang dia tahu itu menjadikan
dia merasa hebat. Menjadikan dirinya terasa betul. Rupanya
dia tenggelam dalam tahu tapi jahil akhlaq.

Tahu sahaja tidak cukup tanpa kefahaman. Orang yang
hanya tahu gula itu manis, tidak sama dengan orang
yang sudah merasai kemanisan gula apatah lagi dimana
ia perlu digunakan kemanisan gula tersebut.

Allah dan RasulNya mengajar kita agar mempunyai
akhlaq yang baik sesama manusia, samada dari
segi pertuturan, perbuatan, bahkan dalam hati sendiri.
Apatah lagi dengan sesama saudara Islam. Bukankah Rasulullah
diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq, bahkan akhlaq
Rasululah itu sendiri adalah al Quran?

Kita diajar untuk beradab kepada guru-guru, ustaz-ustazah,
alim ulama kerana keutamaan mereka.

قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (٩)

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang
yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?
Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran
dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
(Surah az Zumar : 9)

Bahkan di dalam urusan solat jemaah sekalipun, diutamakan
adalah orang yang lebih yang mahir bacaannya di dalam
al Quran.Telah dicontohkan oleh Rasulullah di dalam peperangan
Uhud, sahabat yang lebih banyak mengambil al Quran didahulukan
untuk dimasukkan ke dalam liang kubur.

Dari Jabir r.a :
Sesungguhnya Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam telah menghimpunkan
antara dua orang lelaki dari mereka-mereka yang terbunuh
di dalam peperangan Uhud iaitu di kubur, kemudian
baginda bersabda :"Yang manakah dari keduanya yang lebih
banyak mengambil al Quran?". Apabila ditunjukkan kepada
salah seorang dari keduanya, baginda mendahulukan
(orang yang tersebut) ke dalam liang lahad.
(Riwayat Bukhari)

Hakikat Ilmu Yang Kita Ada

Adab sebagai pelajar, jika ilmu masih sedikit (hakikatnya ilmu
manusia tiada yang banyak melainkan Allah yang Empunya Ilmu),
masih bertatih tahulah berakhlaq. Sedangkan para ulama
yang faqih, berkelana di bumi Allah untuk mencari
ribuan guru, Dan mereka menulis kitab-kitab yang
menjadi rujukan hingga kini, mereka amat menjaga
akhlaq sesama guru dan ulama yang lain. Sehinggakan
sifat-sifat yang baik dari diri mereka menjadi ikutan
bagi ulama yang takutkan Allah.


إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ ٢٨

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut
(melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya
hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
(Surah al Fatir : 28)

Oleh itu wahai pelajar, jika para ulama yang hebat
ilmunya itu sendiri amat menjaga tutur katanya,
tidak bermudah-mudah berhukum dengan apa yang
tidak mereka ketahui. Mengapa kita sendiri yang amat
sedikit ilmu tidak belajar untuk merendahkan diri?.
Adakah akhlaq itu tidak termasuk di dalam halal dan
haram di dalam perhubungan sesama manusia?
Sudah bolehkah kita berlaku sombong dengan ilmu yang
sedikit sedangkan kita lupa ilmu yang kita ada juga boleh
ditarik pada bila-bila masa?.

~Ilmu tanpa akhlaq menunjukkan kita sendiri menghina ilmu yang diberi oleh ALLah~

Cinta & Wanita

"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya, kerana Allah teramat mencintainya.. tetapi..andai perempuan itu bergelumang dengan cinta lelaki, DI MANA ALLAH untuk menjaganya? Allah seperti telah melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita"




Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijaga-Nya.

Hargailah kesempatan yang telah Allah berikan...

~Cinta Sang Bidadari~


WANITA & JODOH

Wahai wanita solehah...

janganlah kamu risau akan jodohmu
kerna..
muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan, lirikan manja yang menggoda dan pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.
Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.
Andai belum sampai jodohmu,
anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu,
sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu..
kerna..
pada wanita itu pasti ada kekurangannya & lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu itu.

~Penantian Sang Bidadari~
"Alihkan matamu ke laut nan biru,

airnya begitu indah bak sang bayu,

penuh ketenangan dan kedamaian di kalbu,

tetapi...

Allah sahaja yang Maha Tahu segala rahsia di dalamnya,

begitu jua kehidupan manusia,

diiringi riang & tawa,

tetapi...

Allah sahaja yang tahu rahsia kehidupannya,

andai kecewa,

pandanglah ke sungai yang mengalir,

walau berjuta batu menghalang,

airnya tetap mengalir,

andai sedih,

pandanglah ke langit yang terbentang luas,

kita akan tersedar bahawa Allah sentiasa bersama hamba2-Nya..."

~penagih cinta Ilahi~


Sunday, July 04, 2010


"Jika kita tidak pernah merasa lelahnya melewati malam yang kelam, mana mungkin kita dapat menikmati cerahnya mentari siang"

Santapan Rohani