Saturday, November 20, 2010

Talib Al Habib - Kalimatan + Translation

 

biarlah tangisan malam ini menjadi saksi ya Allah...agar pelangi yg bakal muncul esok bisa menjadi kekuatanku~Engkau Maha Agung lagi Maha Mengetahui..kebesaran & kekuasaanMu tiada tandingan.Allah...Allah...Allahu Akbar!

~Pengemis Cinta Ilahi~

Monday, November 15, 2010

Salam "Aidil Adha ;)


Haji Mabrur insyaAllah..


Moga amalan diterima,
Sampaikanlah kami ke tanah suci-Mu ya Allah

Senyumlah di hari yg penuh pengorbanan ini


Salam 'Aidil Adha buat sahabat2ku...maaf zahir & batin
~insan kerdil lagi hina

Bagaimanakah 'Aidil Adha di Palestin??

Brussels, 15 November – Kempen untuk menghentikan pengepungan di Gaza yang digerakkan oleh badan aktivis kemanusiaan dari Eropah telah mengemukakan rayuan kepada pihak berkaitan di Mesir untuk memudahkan kemasukan konvoi bantuan mereka ke Gaza sebelum Aidil Adha ini.

Kempen yang berpusat di Brussels mengadakan kenyataan akhbar mereka pada Ahad (14/11) agar semua pihak berkuasa yang berkaitan termasuk kerajaan Mesir, Libya, dan Israel bekerjasama untuk memudahkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza, terutama setelah bantuan mereka terdampar di sempadan Libya-Mesir selama satu bulan .

Mereka meminta Kaherah agar tidak menutup terminal sempadan Rafah pada hari cuti Aidil Adha dan membenarkan kemasukan konvoi, menunjukkan bahawa Gaza sangat memerlukan bantuan yang dibawa oleh konvoi bantuan tersebut.

“Tujuan dari konvoi bantuan adalah untuk membantu rakyat Palestin yang terkepung dan menghentikan pengepungan yang menindas rakyat yang telah dikenakan kepada mereka yang memasuki tahun kelima”, Demikian ungkapan wakil kempen tersebut, seraya menambah bahawa usaha ini bertujuan baik dan harus dihargai.

Pihak berkuasa Mesir mengumumkan bahawa sempadan Rafah dengan Gaza akan ditutup pada Isnin hingga Ahad depan sepanjang hari cuti Aidil Adha, yang bererti bahawa bantuan tidak akan dibenarkan masuk ke Gaza selama beberapa hari-hari. (pic)

-sumber Haluan Palestin-

~sampai bila keadaan ini akan berlanjutan???

Selamatkan bumi Palestin ya Allah...

QATAR, Selasa, 19 oktober – Naib Presiden Kongres Yahudi Sedunia mengatakan ianya adalah satu “penghinaan bagi kita semua atas tuduhan bahawa kami bertindak secara haram menduduki Jerusalem,” demikian kenyataan yang dibacakan pada hari Selasa(19/10).

Pandangan Rabbi Marc Schneider itu dibuat pada Persidangan Doha Dialog Antara Agama Kali ke-8 di Qatar, yang bermula pada hari Selasa dan akan diadakan selama seminggu.

“Baitulmuqaddis merupakan harapan dan impian Yahudi. Selama ribuan tahun, kami telah berdoa ke arah Baitulmuqaddis … Baitulmuqaddis telah menjadi ibukota negara Yahudi, sejak dulu hingga saat ini. Oleh kerana itu suatu penghinaan bagi kami semua untuk menuduh kami secara haram menduduki Bandar tersebut, “kata Schneider.

Kenyataan Schneider itu adalah reaksi beliau terhadap komentar yang disampaikan oleh Ketua Hakim Islam Palestin, Taysir At-Tamimi semasa dalam persidangan tersebut berkata bahawa Israel menduduki Jerusalem dan “menyahudikan” Bandar tersebut.

Israel secara haram telah menceroboh Jerusalem Timur selepas perang tahun 1967, langkah yang tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Menurut PBB, Baitulmuqaddis Timur dianggap di bawah pendudukan.

Pandangan Naib Presiden Kongres Yahudi Sedunia tidaklah dipersetujui oleh semua warga Israel. Pada Mei 2010 lalu, sekitar 3000 Cendekiawan Yahudi Eropah pro Israel mengeluarkan kenyataan menyeru agar Israel menghentikan pembangunan pemukiman di Tebing Barat termasuk di Jerusalem timur.

“Israel menghadapi ancaman dari pelbagai sudut. Selain berdepan dengan ancaman dari musuh luaran, kita tahu bahawa ancaman itu juga tercatus akibat dari kependudukan haram ke atas penempatan di Tebing Barat dan di daerah Arab Baitulmuqaddis Timur. Dasar-dasar ini secara moral dan politik salah dan merupakan satu tindakan kepolitikan Israel yang tidak boleh diterima yang mengancam kedudukan.” Demikian diantara kenyataan yang telah mereka keluarkan.

Sepatutnya Rabbi Marc Schneider memahami sejarah sebenar sebelum membuat sebarang kenyataan yang tidak relevan. Penderitaan rakyat Palestin bermula sejak Zionis menyerang Palestin pada 1948. Tanggal 15 Mei 1948 tertegaknya negara haram Israel di atas bumi Palestin . Sebelum kehadiran Zionis di Jerusalem, penduduk Muslim, Kristian dan Yahudi hidup dengan aman. Penghijrahan berpuluh ribu orang Yahudi dari negara barat dan pelosok Arab ke Jerusalem begitu pantas setelah Zionis bertapak di Palestin. Orang Yahudi dari Rusia adalah jumlah yang paling ramai berhijrah ke Palestin. Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Pandangan Taysir At-Tamimi dalam kongres tersebut berkenaan usaha “menyahudikan” Bandar Jerusalem adalah begitu jelas dan selari dengan pandangan Dr. Ahmad Abu Halbiyyah, Ketua Jawatankuasa Jerusalem dalam Dewan Perundangan Palestin yang juga ketua Lembaga al-Quds Antarabangsa yang berpusat di Gaza. Dr. Ahmad pernah menjelaskan bahawa perkembangan program yahudisasi kota Jerusalem yang dilakukan oleh pemerintahan Israel berjalan dengan sangat cepat dan signifikan, bahkan semakin hampir ke fasa terakhir.

Menurut Abu Halbiyyah, pemerintahan Israel mensasarkan kejayaan program yahudisasi Jerusalem secara sempurna itu pada tahun 2020 kelak. “2020 adalah target Israel untuk menjadikan Jerusalem sepenuhnya Yahudi, dan menjadi ibu kota negaranya,” terang Abu Halbiyyah. (mnn/hp)

-sumber Haluan Palestin-

Ya Allah...sesungguhnya kuasa Engkaulah yang tiada tandingan antara seluruh alam maya ini. Sesungguhnya alam semesta ini ciptaan-Mu. Kami hamba-Mu yang lemah, tiada daya melainkan dengan keizinan-Mu, hancurkan Yahudi Laknatullah...amin Ya Rabb

Sunday, November 07, 2010

Ma'a Taufiq wan Najah :)

Salam sayang buat semua..,

الحمدلله ...terima kasih pada Blogger Abid kerana telah memberi tunjuk ajar dalam pembikinan blog lakaranmutiara yang serba kekurangan ini. Lakaranmutiara masih mentah dalam bidang ini. Dengan penuh harapan, lakaranmutiara memohon tunjuk ajar daripada blogger Abid serta blogger yang lain. Setiap hembusan nafas, kerdipan mata, gerakan badan, lafaz kata-kata & segala kurniaan Allah adalah tidak tenilai. Namun, jangan dilupa akan nikmat utama & terbesar kita iaitu; Islam. Kita telah dipilih dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Bersyukurlah & peliharalah nikmat itu dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah berfirman bahawa kita adalah sebaik-baik ciptaan-Nya, Subhanallah.

Sahabat & sahibah yang dirahmati Allah,

Sedar tak sedar lakaranmutiara sudah berada di penghujung semester. Pada study week yang sedang menjelang ini, nasihat buat diri ini & kepada sahabat/sahibah semua agar kita dapat menggunakan nikmat masa lapang yang telah diberikan dengan perkara berfaedah.

Bersyukurlah kita yang berada di bumi Nilai ini kerana tidak mengalami banjir. Lakaranmutiara kini berada di Nilai setelah empat hari berada di bumi jelapang padi tercinta. Sempat juga menghadapi suasana banjir di Pekan Changlun semasa dalam perjalanan ke Universiti Utara Malaysia. Alhamdulillah, kawasan perumahan lakaranmutiara tidak dilanda banjir. Walau di mana pun kita berada, ujian itu pasti tiba. Cuma ujian itu sebenarnya berbeza-beza. Allah SW.T menimpakan ujian kepada hamba-Nya mengikut kesesuaian & tahap kemampuan hamba-Nya. Bersabarlah!!!

Kepada sahabat/sahibah seperjuangan yang sedang menghadapi atau bakal menghadapi peperiksaan, teruskan perjuangan hingga ke titisan dakwat terakhir :)

Ya Allah,

berikan kami kekuatan dalam berjuang mendalami ilmu-Mu,
berikan kami kefahaman, jauhkan kami dari kesesatan,
berikan kami petunjuk dan hidayah-Mu,
pimpinlah kami ya Allah, ikhlaskn hati dan nurani kami,
permudahkan urusan untuk kami,
kurniakan kami keberkatan & kejayaan dunia & akhirat.AMIN.

Ku mohon maaf terhadap segala khilaf & salah,
sengaja atau tidak disengajakan, terlanjur kata & perbuatan zahir batin.
SALAM IMTIHAN.

InsyaAllah MUMTAZ!!!




Santapan Rohani