Sunday, November 07, 2010

Ma'a Taufiq wan Najah :)

Salam sayang buat semua..,

الحمدلله ...terima kasih pada Blogger Abid kerana telah memberi tunjuk ajar dalam pembikinan blog lakaranmutiara yang serba kekurangan ini. Lakaranmutiara masih mentah dalam bidang ini. Dengan penuh harapan, lakaranmutiara memohon tunjuk ajar daripada blogger Abid serta blogger yang lain. Setiap hembusan nafas, kerdipan mata, gerakan badan, lafaz kata-kata & segala kurniaan Allah adalah tidak tenilai. Namun, jangan dilupa akan nikmat utama & terbesar kita iaitu; Islam. Kita telah dipilih dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Bersyukurlah & peliharalah nikmat itu dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah berfirman bahawa kita adalah sebaik-baik ciptaan-Nya, Subhanallah.

Sahabat & sahibah yang dirahmati Allah,

Sedar tak sedar lakaranmutiara sudah berada di penghujung semester. Pada study week yang sedang menjelang ini, nasihat buat diri ini & kepada sahabat/sahibah semua agar kita dapat menggunakan nikmat masa lapang yang telah diberikan dengan perkara berfaedah.

Bersyukurlah kita yang berada di bumi Nilai ini kerana tidak mengalami banjir. Lakaranmutiara kini berada di Nilai setelah empat hari berada di bumi jelapang padi tercinta. Sempat juga menghadapi suasana banjir di Pekan Changlun semasa dalam perjalanan ke Universiti Utara Malaysia. Alhamdulillah, kawasan perumahan lakaranmutiara tidak dilanda banjir. Walau di mana pun kita berada, ujian itu pasti tiba. Cuma ujian itu sebenarnya berbeza-beza. Allah SW.T menimpakan ujian kepada hamba-Nya mengikut kesesuaian & tahap kemampuan hamba-Nya. Bersabarlah!!!

Kepada sahabat/sahibah seperjuangan yang sedang menghadapi atau bakal menghadapi peperiksaan, teruskan perjuangan hingga ke titisan dakwat terakhir :)

Ya Allah,

berikan kami kekuatan dalam berjuang mendalami ilmu-Mu,
berikan kami kefahaman, jauhkan kami dari kesesatan,
berikan kami petunjuk dan hidayah-Mu,
pimpinlah kami ya Allah, ikhlaskn hati dan nurani kami,
permudahkan urusan untuk kami,
kurniakan kami keberkatan & kejayaan dunia & akhirat.AMIN.

Ku mohon maaf terhadap segala khilaf & salah,
sengaja atau tidak disengajakan, terlanjur kata & perbuatan zahir batin.
SALAM IMTIHAN.

InsyaAllah MUMTAZ!!!




No comments:

Post a Comment

Santapan Rohani