Monday, November 15, 2010

Selamatkan bumi Palestin ya Allah...

QATAR, Selasa, 19 oktober – Naib Presiden Kongres Yahudi Sedunia mengatakan ianya adalah satu “penghinaan bagi kita semua atas tuduhan bahawa kami bertindak secara haram menduduki Jerusalem,” demikian kenyataan yang dibacakan pada hari Selasa(19/10).

Pandangan Rabbi Marc Schneider itu dibuat pada Persidangan Doha Dialog Antara Agama Kali ke-8 di Qatar, yang bermula pada hari Selasa dan akan diadakan selama seminggu.

“Baitulmuqaddis merupakan harapan dan impian Yahudi. Selama ribuan tahun, kami telah berdoa ke arah Baitulmuqaddis … Baitulmuqaddis telah menjadi ibukota negara Yahudi, sejak dulu hingga saat ini. Oleh kerana itu suatu penghinaan bagi kami semua untuk menuduh kami secara haram menduduki Bandar tersebut, “kata Schneider.

Kenyataan Schneider itu adalah reaksi beliau terhadap komentar yang disampaikan oleh Ketua Hakim Islam Palestin, Taysir At-Tamimi semasa dalam persidangan tersebut berkata bahawa Israel menduduki Jerusalem dan “menyahudikan” Bandar tersebut.

Israel secara haram telah menceroboh Jerusalem Timur selepas perang tahun 1967, langkah yang tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Menurut PBB, Baitulmuqaddis Timur dianggap di bawah pendudukan.

Pandangan Naib Presiden Kongres Yahudi Sedunia tidaklah dipersetujui oleh semua warga Israel. Pada Mei 2010 lalu, sekitar 3000 Cendekiawan Yahudi Eropah pro Israel mengeluarkan kenyataan menyeru agar Israel menghentikan pembangunan pemukiman di Tebing Barat termasuk di Jerusalem timur.

“Israel menghadapi ancaman dari pelbagai sudut. Selain berdepan dengan ancaman dari musuh luaran, kita tahu bahawa ancaman itu juga tercatus akibat dari kependudukan haram ke atas penempatan di Tebing Barat dan di daerah Arab Baitulmuqaddis Timur. Dasar-dasar ini secara moral dan politik salah dan merupakan satu tindakan kepolitikan Israel yang tidak boleh diterima yang mengancam kedudukan.” Demikian diantara kenyataan yang telah mereka keluarkan.

Sepatutnya Rabbi Marc Schneider memahami sejarah sebenar sebelum membuat sebarang kenyataan yang tidak relevan. Penderitaan rakyat Palestin bermula sejak Zionis menyerang Palestin pada 1948. Tanggal 15 Mei 1948 tertegaknya negara haram Israel di atas bumi Palestin . Sebelum kehadiran Zionis di Jerusalem, penduduk Muslim, Kristian dan Yahudi hidup dengan aman. Penghijrahan berpuluh ribu orang Yahudi dari negara barat dan pelosok Arab ke Jerusalem begitu pantas setelah Zionis bertapak di Palestin. Orang Yahudi dari Rusia adalah jumlah yang paling ramai berhijrah ke Palestin. Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Pandangan Taysir At-Tamimi dalam kongres tersebut berkenaan usaha “menyahudikan” Bandar Jerusalem adalah begitu jelas dan selari dengan pandangan Dr. Ahmad Abu Halbiyyah, Ketua Jawatankuasa Jerusalem dalam Dewan Perundangan Palestin yang juga ketua Lembaga al-Quds Antarabangsa yang berpusat di Gaza. Dr. Ahmad pernah menjelaskan bahawa perkembangan program yahudisasi kota Jerusalem yang dilakukan oleh pemerintahan Israel berjalan dengan sangat cepat dan signifikan, bahkan semakin hampir ke fasa terakhir.

Menurut Abu Halbiyyah, pemerintahan Israel mensasarkan kejayaan program yahudisasi Jerusalem secara sempurna itu pada tahun 2020 kelak. “2020 adalah target Israel untuk menjadikan Jerusalem sepenuhnya Yahudi, dan menjadi ibu kota negaranya,” terang Abu Halbiyyah. (mnn/hp)

-sumber Haluan Palestin-

Ya Allah...sesungguhnya kuasa Engkaulah yang tiada tandingan antara seluruh alam maya ini. Sesungguhnya alam semesta ini ciptaan-Mu. Kami hamba-Mu yang lemah, tiada daya melainkan dengan keizinan-Mu, hancurkan Yahudi Laknatullah...amin Ya Rabb

No comments:

Post a Comment

Santapan Rohani